|   Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)               Bila dahaga, yang susukan aku....mak                               
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
 Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
 Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
 Bila bangun tidur, aku cari....mak
 Bila nangis, orang     pertama yang datang ....mak
 Bila nak bermanja, aku dekati....mak
 Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
 Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
 Bila nakal, yang memarahi aku....mak
 Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
 Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
 Bila takut, yang tenangkan aku....mak
 Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
 Aku selalu teringatkan ....mak
 Bila sedih, aku mesti talipon....mak
 Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
 Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
 Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
 Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
 Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
 Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
 Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
 Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
 Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
 kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
 Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
 Yang selalu berleter kat aku...mak
 Yang selalu puji aku....mak
 Yang selalu nasihat aku....mak
 Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
                 
Aku ada pasangan hidup     sendiri....
                           
Bila seronok, aku     cari....pasanganku
 Bila sedih, aku cari....mak
                                     
Bila berjaya, aku     ceritakan     pada....pasanganku
 Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
                           
Bila bahagia, aku     peluk     erat....pasanganku
 Bila berduka, aku peluk erat....emakku
                            
Bila nak bercuti, aku     bawa....pasanganku
 Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
                          
Bila sambut     valentine.. Aku bagi hadiah pada     pasanganku
 Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
                
Selalu.. aku ingat     pasanganku
 Selalu.. mak ingat kat aku                                      
Bila-bila... aku akan     talipon pasanganku
 Entah bila... aku nak talipon mak
                                
Selalu...aku belikan     hadiah untuk pasanganku
 Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
                    
Renungkan:
 "Kalau kau sudah habis belajar dan     berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk     mak?        
mak bukan nak     banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
 Berderai air mata jika kita mendengarnya........
                     
Tapi kalau mak sudah     tiada..........
 MAKKKKK...RINDU     MAK.... RINDU SANGAT....              
                      Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....  berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....  berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....  berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......  berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis     ibunya....    berapa ramai yang sanggup berhenti kerja     untuk menjaga ibunya.....  dan akhir sekali  berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......  Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang     sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas     yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut     kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:  1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
 3) Tolong buang sampah : RM1.00
 4) Tolong kemas bilik : RM2.00
 5) Tolong siram bunga : RM3.00
 6) Tolong sapu sampah : RM3.00
 Jumlah : RM17.00
 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang     si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang     pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.  1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -     PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
 Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
 
 Air mata si anak     berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap     wajah ibu,memeluknya dan berkata,
 "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah     Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.  
 | 
No comments:
Post a Comment